Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim

2022-05-18 0

Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.